Botani Sepit udang

Tempat tumbuh heliconia menyerupai pokok Canna, Strelitzia (Burung Cenderawasih), dan pisang yang berkaitan.

Pokok dan daun

Helai daunnya berbentuk ringkas dan lonjong dengan ukuran sepanjang 15-300 sm. Daun-daun pokok sepit udang disusun berlawanan pada batang tidak berkayu yang biasanya lebih panjang berbanding tangkai dan seringkali membentuk rimbunan apabila tua.[6]

Bunga

Bunga yang dihasilkan pada tangkai yang tegak atau melendut, terdiri daripada pelindung berlilin bewarna terang, dengan bunga sebenar mengintai keluar dari celah pelindung.

Kuntum-kuntum sepit udang mengeluarkan madu yang banyak, madu ini sumber makanan penting kepada kelicap hutan[6][7] yang turut menjadikannya sebagai tumbuhan bagi bersarang.

Bunga sepit udang enggang, Heliconia psittacorum.